(Hiasan) Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan cuba menculik seorang kanak-kanak tujuh tahun. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Penganggur cuba culik budak sekolah dipenjara dua tahun

SHAH ALAM, 7 JULAI: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan cuba menculik seorang kanak-kanak tujuh tahun.

Hukuman dijatuhkan terhadap Muhammad Rahim Ahmad, 26, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim hari ini, lapor Astro Awani.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menculik kanak-kanak lelaki berhampiran Sekolah Agama Taman Scientex, Pasir Gudang jam 11.30 pagi, 11 Mei lalu.

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntuk penjara sehingga tujuh tahun berserta denda jika sabit kesalahan.

Pada 11 Mei, tular video memaparkan tertuduh menculik kanak-kanak terbabit yang lengkap berpakaian sekolah agama namun berjaya ditahan oleh orang awam.


Pengarang :