Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ketika Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sasar pelepasan sifar karbon menjelang 2050

SHAH ALAM, 27 JULAI: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) antara lain memberi fokus untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pengesanan pelepasan Gas Rumah Hijau menggunakan mekanisme pelaporan karbon akan dilaksana bagi membolehkan perancangan karbon.

“Pengesanan pelepasan Gas Rumah Hijau dalam semua sektor membolehkan perancangan karbon rendah yang lebih baik pada peringkat tempatan.

“Pengurangan keseluruhan dalam pelepasan Gas Rumah Hijau, peningkatan daya tahan terhadap risiko iklim dan perlindungan biodiversiti dapat dipertingkat,” katanya.

Amirudin ketika membentang RS-1 di Dewan Negeri Selangor juga berkata Selangor masih mempunyai tahap pelepasan karbon yang positif.

“Sektor seperti tenaga, pengangkutan dan pembinaan merupakan penyumbang utama pelepasan karbon dalam negeri.

“Selangor berpotensi menjadi negeri rendah karbon dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan dalam sektor sektor tersebut melalui penggunaan cara yang inovatif,” katanya.


Pengarang :