Suasana sekitar Kebun Komuniti dan Laman Dapur di Seksyen 20, Shah Alam pada 23 Jun 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sembilan program pastikan alam sekitar kekal, pulih sumber asli

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sembilan program akan dijalankan bagi meningkatkan kelestarian biodiversiti dan sumber asli di negeri ini menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan inisiatif tersebut meliputi tiga strategi yang akan digerakkan menerusi peranan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Beliau juga menambah pembangunan prasarana hijau dan usaha memulihara sumber asli melalui RS-1 mampu meningkatkan tahap kesejahteraan sosial.

“Kerajaan Negeri juga begitu komited untuk menjadi negeri rendah karbon pada masa hadapan,” katanya ketika membentang Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.


Pengarang :