Presiden dan naib canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman mengagihkan daging korban kepada kakitangan universiti itu di Kampus Bestari Jaya pada 12 Julai 2022. FOTO UNISEL
AGENSISELANGOR

Unisel agih daging korban kepada warga kerja, golongan memerlukan

SHAH ALAM, 12 JULAI: Universiti Selangor (Unisel) hari ini menyembelih lima ekor lembu untuk diagih kepada warga kerja dan golongan memerlukan sempena Aidiladha.

Presiden dan naib canselornya berkata program yang diadakan di Masjid Unisel, Kampus Bestari Jaya itu dapat mengimarahkan program tahunan universiti selepas dua tahun tidak dapat dilaksanakan akibat Covid-19.

“Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan pada hari ini merangkumi sumbangan seekor lembu daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

“Manakala selebihnya merupakan sumbangan penyertaan daripada kakitangan dan ahli qariah Masjid Unisel,” kata Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman di Facebook.

Jumlah haiwan korban yang diagih Unisel pada Aidiladha kali ini adalah sama pada Ogos 2019 iaitu kali terakhir program ibadah korban dilaksana di universiti terbabit sebelum negara dilanda wabak.

 


Pengarang :