Petugas kesihatan mengekstrak sampel saringan Covid-19 bagi mengesahkan status kes di Institut Penyelidikan Perubatan, Shah Alam pada 1 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

3,083 jangkitan baharu Covid-19, 15 kematian dicatat semalam

SHAH ALAM, 10 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 3,083 kes semalam berbanding 2,863 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,714,498 kes dengan 42,717 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 41,042 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,578 kes menerima rawatan di hospital, 35 kes di pusat kuarantin sementara dan 27 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan semalam termasuk tiga kes di luar hospital.


Pengarang :