Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
PBTSELANGOR

Kaunter bergerak MBSA di AEON Mall Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 10 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuka kaunter bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ di pusat beli-belah AEON Mall Shah Alam Seksyen 13 pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata kaunter bergerak itu akan beroperasi mulai jam 11 pagi hingga 5 petang di pekarangan tempat letak kereta terbuka pusat beli-belah berkenaan.

“Perkhidmatan Shah Alam On Wheels adalah platform yang disediakan oleh pihak MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kaunter bergerak itu akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan.

“Pihak majlis berharap kaunter bergerak ini dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya.


Pengarang :