Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Air Selangor: Bekalan pulih 66 peratus takat 6 petang

SHAH ALAM, 10 OGOS: Pemulihan bekalan air kawasan di Hulu Selangor yang terbabit dengan operasi penyenggaraan aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa mencapai 66 peratus setakat 6 petang ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tempoh pemulihan bekalan berbeza mengikut kawasan dan bergantung kepada lokasi serta jarak premis pengguna.

“Bekalan air 188 kawasan wilayah Hulu Selangor dijangka pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi esok.

“Air Selangor menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan  untuk membiarkan pili mengalir sehingga air menjadi jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Orang ramai boleh melayari https://hentitugas.airselangor.com/untuk maklumat lanjut.

 


Pengarang :