Orang ramai menunggu giliran untuk menerima suntikan dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dataran Santai @ Ampang Point, Ampang pada 16 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: 3,516 kes baharu, 15 pesakit meninggal dunia

SHAH ALAM, 18 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 3,516 kes semalam berbanding 3,429 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,732,502 kes dengan 41,701 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 40,034 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,534 kes menerima rawatan di hospital, 92 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 41 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 62.6 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 24.7 peratus.

Semalam, sebanyak 15  kematian dilaporkan termasuk empat kes di luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik melanda negara adalah 36,117 kes.

 


Pengarang :