EXCO Sukan dan Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berucap merasmikan Pertandingan Tenpin Bowling Penggerak Belia Selangor (PEBS) XTIV di Sunway Megalanes, Sunway Shopping Mall, Petaling Jaya pada 14 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Kongres belia negeri dianjur Oktober, ruang orang muda suara idea

PETALING JAYA,15 OGOS: Kongres Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang bertujuan membincangkan isu semasa serta langkah memperkasa golongan tersebut diadakan pada Oktober depan.

EXCO sukan dan pembangunan generasi muda berkata kongres itu disertai belia di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) selain menjemput Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk menyuarakan pandangan.

“Kita sedang mengadakan perbincangan terperinci berhubung penganjuran kongres ini, namun jangka dilaksana sebelum pembentangan belanjawan iaitu pada Oktober.

“Fokus utama ialah membahaskan isu semasa serta langkah memperkasa golongan belia yang menjadi pendukung masa depan negeri dan negara,” kata Mohd Khairuddin Othman selepas merasmikan Pertandingan Tenpin Boling Selangor XTIV di Sunway Piramid, di sini.

Mengulas mengenai program PeBS, Mohd Khairuddin memaklumkan program muzikal bertemakan Selangor Suka Muzik turut dianjurkan pada Oktober depan.

“Program ini akan menghimpunkan pemain muzik dan penyanyi rock untuk membuat persembahan. Progam anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor ini bertujuan memartabatkan industri seni.

“Bukan itu sahaja, kita juga akan mengadakan beberapa pertandingan lain seperti motosikal, muay thai dan badminton,” katanya.


Pengarang :