Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga RON97 turun lima sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Harga runcit bagi petrol RON97 turun lima sen seliter daripada RM4.40 kepada RM4.35 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 18 Ogos hingga 24 Ogos.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak dunia, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk meningkat melebihi harga siling semasa.

Menurut kenyataan itu, harga baharu tersebut ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :