Pengarah Eksekutif Hijrah Selangor Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor melihat produk keluaran usahawan Hijrah Mahmud Mastam ketika Kembara Sukses Hijrah Selangor di Jalan Kebun, Shah Alam pada 8 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hijrah tawar 14 syarikat peneraju sedia bimbing orang ramai jadi usahawan

SHAH ALAM, 2 OGOS: Orang ramai yang ingin memulakan  perniagaan tetapi tidak mempunyai modal disaran menyertai program ‘Zero To Hero’ anjuran Yayasan Hijrah  Selangor (Hijrah).

Agensi itu memaklumkan peserta akan diberi bimbangan oleh 14 syarikat peneraju terpilih dari pelbagai bidang seperti makanan dan minuman, bakeri, produk kesihatan dan kraftangan.

“Anda tidak perlu keluarkan modal permulaan. Hanya terus berniaga dengan bantuan latihan, pemasaran dan bimbingan yang disediakan oleh syarikat peneraju.

“Hubungi sekarang jika anda ingin menjadi usahawan bimbingan syarikat Peneraju Hijrah dari Zero To Hero,” tulisnya di Facebook hari ini.

Berikut adalah senarai syarikat penejaru yang sedia memberi bimbingan mengikut program:

Hijrah memaklumkan maklumat lanjut berkaitan program pembangunan usahawan berkenaan boleh diperoleh menerusi http://www.hijrahselangor.com atau mendapatkan maklumat terus di 20 cawangannya.

Program ‘Zero To Hero’ dilaksana khusus oleh Hijrah sejak 2016 bagi melatih dan memantau peserta yang dikendalikan syarikat peneraju terpilih.

Selepas tamat tempoh, peserta layak diberi peluang membuat permohonan pinjaman Hijrah sementara syarikat peneraju membekalkan peralatan dan bahan perniagaan.

Sepanjang tempoh Januari hingga Jun, seramai 4,113 usahawan menerima pembiayaan perniagaan RM69.01 juta daripada Hijrah menerusi tujuh skim pembiayaan meliputi i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.


Pengarang :