Aksi persembahan peserta ketika menyertai Festival Buskers 2020 sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-20 berlangsung di SACC Mall, Shah Alam pada 23 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

RM1,000 menanti juara pertandingan hiburan jalanan menanti MPAJ

SHAH ALAM, 13 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan pertandingan hiburan jalanan (busking) sempena kempen Jalur Gemilang pada Jumaat ini.

MPAJ berkata pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 kepada juara, naib juara (RM800), ketiga (RM600) dan saguhati RM200 kepada pemenang tempat keempat hingga ke-10 selain masing-masing menerima trofi.

Acara yang dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM30 akan berlangsung pada jam 3 petang bertempat di Lorong Ampang Mampan (SDGs), Jalan Mamanda 1, Ampang.

Kepada individu yang berminat mendapatkan borang dan syarat penyertaan di https://forms.gle/3N3ytB886Tywp6Tc6 atau mengimbas kod respon pantas yang tertera di poster sebelum 18 Ogos.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Zakiah di http://www.wasap.my/601173024108/PertandinganBusking
atau Shima http://www.wasap.my/601111905747/PertandinganBusking


Pengarang :