Dua ahli silat Mohd Khairul Kamaruzaman (kiri) dan Izwan Khuzzairie Azhar Ahmad menyusuri Jalur Gemilang yang berkibar megah di sepanjang Jambatan Seri Gemilang pada 29 Ogos 2021. Foto BERNAMA
PBTSELANGOR

RM2,100 menanti pemenang kempen kibar Jalur Gemilang anjuran MBSA

SHAH ALAM, 16 OGOS: Orang ramai berpeluang meraih wang tunai RM2,100 menerusi pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pihak berkuasa tempat itu menerusi Facebook memaklumkan pertandingan sempena bulan kemerdekaan bermula sejak 1 Ogos hingga 16 September.

“Kongsikan gambar atau video Jalur Gemilang yang dipasang atau dikibar pada bangunan, pejabat, rumah kediaman atau premis perniagaan di sekitar Shah Alam dan menangi hadiah wang tunai

“Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1430 atau 1777,” katanya.

MBSA memaklumkan pemenang pertama bakal membawa pulang wang tunai RM500, kedua (RM350), ketiga (RM250) dan sepuluh hadiah saguhati sebanyak RM100 setiap seorang dengan kesemua pemenang turut diberi sijil penyertaan.

Syarat pertanyaan addalah seperti berikut:

  •  ‘Like’ dan ‘Follow’ kesemua saluran media sosial MBSA (Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok)
  •  sertakan kapsyen tema Hari Kemerdekaan dan hashtag #kibarjalurgemilangMBSA
  •  tetapkan media sosial anda kepada “public account”
  •  lokasi gambar adalah dalam kawasan pentadbiran MBSA
  •  pemenang dipilih berdasarkan gambar atau video terbaik yang memaparkan semangat kemerdekaan


Pengarang :