AGENSISELANGOR

Urusan derma lebih mudah, telus dengan aplikasi InfaqYide

SHAH ALAM, 16 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyediakan aplikasi digital bagi memudahkan orang ramai menderma secara dalam talian.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan setiap derma akan dipapar di dalam aplikasi InfaqYide secara telus dan tiada caj tersembunyi.

“Melalui aplikasi InfaqYide, urusan memberi infaq sangat mudah dengan hanya beberapa langkah selain data dan kiraan infaq dipapar secara telus dalam aplikasi berkenaan.

“Jadi apa tunggu lagi, muatturun aplikasi infaqYide sekarang dan mula berinfaq,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusinya Dato’ Bakhtiar Hussin berkata pembangunan aplikasi InfaqYide dengan kerjasama ToyyibPay Sdn Bhd menghimpunkan lebih 500 institusi antaranya maahad tahfiz, rumah anak yatim, rumah kebajikan, masjid dan surau.

“Banyak aplikasi sudah dibangunkan sebelum ini, namun Yide memberikan sedikit kelebihan antaranya agensi dalam aplikasi ini semuanya yang sah dan dipercayai,” katanya.

Berikut langkah mudah menderma melalui aplikasi InfaqYide:

 


Pengarang :