Petugas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjalankan pemantauan di kawasan pantai berikutan fenomena air pasang besar dan dan peralihan monsun timur laut yang dijangka bermula awal November 2021. Foto MPKL
PBTSELANGOR

Air pasang besar: Orang ramai dinasihat elak ke pantai esok hingga Khamis

SHAH ALAM, 26 SEPT: Orang ramai dinasihat mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena air pasang besar dijangka berlaku esok.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi Facebook memaklumkan Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib dan Pantai Batu Laut akan ditutup kepada orang awam.

Sebarang aktiviti di Pantai Chunang dan Jeti Tanjong Sepat juga tidak dibenarkan sehingga 29 September.

Berdasarkan ramalan, air pasang besar dijangka merekodkan ketinggian 5.3 meter pada jam 6.52 pagi 27 September diikuti 5.4 meter pada 7.53 pagi keesokannya dan 5.3 meter pada 29 September pada jam 6.42 pagi.

 


Pengarang :