Orang ramai melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu bersama keluarga di Taman Tasik Titiwangsa pada 14 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 1,307 kes baharu, lima pesakit meninggal dunia

SHAH ALAM, 20 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini turun 332 kes kepada 1,307 kes semalam, berbanding 1,639 kes dicatatkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara sebanyak 4,820,197 kes.

Setakat semalam, 25,083 kes aktif direkodkan dengan 23,866 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,160 kes dirawat di hospital, 55 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes di pusat kuarantin sementara.

Selain itu, kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara pula sebanyak 61.9 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 15 peratus.

Setakat semalam, lima kematian dilaporkan termasuk satu kes di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban akibat pandemik sebanyak 36,317 kes.

 


Pengarang :