Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat dijangka landa Kuala Langat, Sepang hingga 3 petang

SHAH ALAM, 21 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 3 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka di negeri lain melibatkan daerah Kuala Langat dan Sepang.

Situasi sama diramal di seluruh Putrajaya dan Perlis serta Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang.

Manakala Sabah pula di Tawau (kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :