Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melancarkan buku mewah (coffee table book) berkisar perjalanan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam memberi khidmat kepada pengguna di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada 13 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB lancar buku papar peristiwa penting, pencapaian Air Selangor

PETALING JAYA, 13 SEPT: Dato’ Menteri Besar hari ini melancarkan buku mewah (coffee table book) Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam memberi khidmat bekalan air kepada pengguna.

Naskhah bertajuk Menelusuri Kisah Air Selangor turut menceritakan lipatan sejarah, peranan dan pencapaian serta peristiwa penting yang didepani agensi berkenaan sejak 2019.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, buku tersebut akan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pengguna berhubung proses penggunaan air bermula dari loji rawatan ke rumah.

“Saya percaya buku ini merupakan usaha merakam sejarah kerana isu air ini sangat besar terutama ketika berlaku gangguan bekalan,” katanya berucap di pusat beli-belah One Utama di sini.

Hadir sama Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman serta Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman.

Bermula 2019, Air Selangor berperanan sebagai operator tunggal perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selepas proses penstrukturan semula dibuat.


Pengarang :