Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan insentif Haji Muassasah 2022 anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di Dewan Seri Kelana, Lembaga Tabung Haji, Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 24 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MBI peruntuk hampir RM8 juta sejak 2019 bantu institusi Islam

PETALING JAYA, 24 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk hampir RM8 juta kepada institusi agama Islam sepanjang 2019 hingga tahun ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata jumlah merangkumi bantuan kepada pihak masjid sebanyak RM4.3 juta, surau (RM3.1 juta) dan sekolah rendah agama (RM1 juta) di seluruh negeri ini.

“Setiap kali Ramadan, kita juga ada berikan bantuan kepada rumah ibadat untuk jayakan aktiviti pengimarahan. Banyak pihak yang membuat permohonan.

“Tahun ini juga kita peruntuk RM1.5 juta untuk agihan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada imam, bilal, siak serta ketua kampung,” katanya berucap pada majlis serahan Insentif Haji Muassasah kepada jemaah Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di sini hari ini.

Ahmad Azri berkata MBI turut mengagihkan bantuan kepada penduduk menerusi persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu melaksanakan program bermanfaat.

Sempena Ramadan lalu, syarikat milik Kerajaan Negeri itu memperuntukkan RM3 juta bagi menjayakan program Ihya’ Ramadan termasuk bantuan tunai kepada asnaf fakir dan miskin selain sumbangan juadah buka puasa.


Pengarang :