Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari melihat persembahan muzik Kupulan Sri TUnas Cempuling ketika Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Perpustakaan Awam Selangor di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Kuala Langat pada 2 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Negeri realisasi hasrat Sultan, bina perpustakaan lengkap kemudahan anak istimewa

SHAH ALAM, 17 SEPT: Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) giat merealisasikan ilham Sultan Selangor yang mahu perpustakaan dilengkapi kemudahan dan aktiviti kepada kanak-kanak istimewa.

Dato’ Menteri Besar berkata hasrat Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dimulakan di Perpustakaan Raja Tun Uda Fasa 2B, di sini sebelum diteruskan ke perpustakaan di setiap daerah.

“Ini bukan sekadar perpustakaan malah boleh menjadi pusat sehenti kepada anak-anak istimewa ini dalam membantu kos penjagaan yang tinggi.

“Kerajaan Negeri akan mengusahakan setiap perpustakaan daerah mempunyai kemudahan sama supaya setiap lapisan masyarakat merasainya.

“Inisiatif yang unik ini sangat dinantikan dan pasti akan memberi manfaat besar kepada masyarakat kelak,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Menurut beliau, Jabatan Anak Istimewa Selangor turut dilibatkan untuk membangunkan perpusatakaan berkenaan.

Pada 26 November lalu, Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan pembinaan Perpustakaan Raja Tun Uda Fasa 2B sebagai kesinambungan projek Fasa 1 dan Fasa 2A.

Susulan itu, PPAS bakal membina perpustakaan khas kanak-kanak di projek yang diluluskan berkenaan.


Pengarang :