EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim (tengah) bergambar bersama panel dan pemenang Program Pemecut Selangor (SAP) 2022. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) Yong Kai Ping di One World Hotel, Petaling Jaya pada 17 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sidec sedia bantu, bimbing syarikat pemula tempuh cabaran perniagaan

PETALING JAYA, 18 SEPT: Kerajaan Negeri sentiasa bersedia membantu syarikat pemula berhadapan pelbagai cabaran semasa dunia perniagaan, kata EXCO Industri dan Perdagangan.

Dato’ Teng Chang Kim berkata selain kesukaran mendapatkan dana, syarikat pemula juga sering menghadapi kekangan untuk meningkatkan jualan, selain tidak mendapat bimbingan yang baik.

“Oleh itu, bagi membantu syarikat pemula tempatan membentuk kemahiran dan rangkaian, saya percaya Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) mempunyai peranan dalam hal ini.

“Sebab itu kita menganjurkan program seperti Selangor Accelerator Programme (SAP) 2022 yang berteraskan pemupukan bakat bagi memperkasakan syarikat pemula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Demo SAP 2022 di Hotel One World di sini semalam.

Dalam program itu, lima daripada 20 syarikat pemula terbaik membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan kredit Amazon Web Services (AWS) bernilai USD5,000.

Mereka dinilai oleh panel juri sebanyak 70 peratus, manakala baki markah diperolehi melalui prestasi dan kehadiran syarikat pemula sepanjang tiga bulan program itu berlangsung.


Pengarang :