Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bergambar bersama penerima watikah perlantikan setiausaha Majlis Agama Islam Selangor dan Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 26 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan serah watikah pelantikan setiausaha Mais, hakim syarie

OLEH ZULAIKHA ZULKIFLI

SHAH ALAM, 26 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyerahkan 19 watikah pelantikan pelbagai jawatan kepada tiga agensi negeri di Istana Kayangan di sini hari ini.

Pelantikan selaras Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 EPAINS 2003 melibatkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jabatan Mufti Selangor.

Menurut kenyataan Mais, jawatan dilantik meliputi setiausaha Mais bawah EPAINS 2003 di bawah Seksyen 16 (1), empat daripada Jabatan Kehakiman Syariah manakala selebihnya daripada Jabatan Mufti.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyerahkan watikah perlantikan anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sesi 2021-2023 kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Shahzihan Ahmad di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 26 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Empat pelantikan di Jabatan Kehakiman Syariah masing-masing melibatkan satu panel tetap hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan hakim Mahkamah Tinggi Syariah serta dua hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Pelantikan anggota panel tetap hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor berdasarkan Subseksyen 57 (1), hakim Mahkamah Tinggi Syariah bawah Subseksyen 58 (1) dan hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor pula bawah Subseksyen 59 (1) EPAINS 2003.

Kesemua 14 watikah pelantikan kepada Jabatan Mufti pula melibatkan jawatan anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bawah Subseksyen 46 (1) EPAINS.


Pengarang :