Gambar kenangan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama tokoh pengumpul karya seni Allahyarham Zain Azahari Zainal Abidin. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Sultan zahir takziah pemergian tokoh pengumpul karya seni tanah air

SHAH ALAM, 8 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri menzahirkan takziah kepada keluarga Allahyarham Zain Azahari Zainal Abidin yang meninggal dunia Sabtu lalu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian peguam dan tokoh pengumpul seni itu pada usia 87 tahun.

Menurut Selangor Royal Office, Baginda mengenali Allahyarham yang dikenali sebagai Pak Zain kerana memiliki minat yang sama iaitu mengumpul karya lukisan dan hasil seni tempatan dan antarabangsa.

“Malah, baginda pernah berangkat melawat ke galeri peribadi Allahyarham, Galeri Z dan menganggap Allahyarham sebagai seorang yang budiman dan merendah diri.

“Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” katanya di Facebook semalam.


Pengarang :