Antara kesan banjir yang dapat dilihat setelah air surut ketika tinjauan situasi banjir di Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah, Melaka pada 6 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

53 mangsa banjir di Melaka ditempatkan ke pusat pemindahan sementara

MELAKA, 23 OKT: Sebanyak 53 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Alor Gajah susulan banjir melanda beberapa tempat di kawasan berkenaan malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata PPS yang dibuka pada 11 malam tadi menempatkan mangsa banjir dari empat kampung.

“Ia membabitkan Kampung Gadek, Kampung Punggur, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :