Penerima BINGKAS P Selvarani, 39, membeli barangan keperluan asas ketika tinjauan Media Selangor di sebuah pasar raya di Gombak pada 15 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

650 penduduk DUN Gombak Setia terima bantuan RM3,600 setahun

SHAH ALAM, 5 OKT: Seramai 650 penduduk berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) berjumlah RM3,600 setahun.

Penyelaras A Rahim Kasdi berkata daripada jumlah berkenaan lebih 70 peratus penerima sudah mendapat manfaat secara bulanan berjumlah RM300.

“Kita terima lebih 1,000 permohonan namun pemberian bergantung kepada kuota DUN. Kebanyakan penduduk dalam kategori B40 dan mempunyai tanggungan besar.

“Jadi pihak DUN perlu teliti segala dokumen supaya keluarga yang benar-benar susah akan terima. Bantuan akan meringankan beban keluarga,” katanya kepada SelangorKini.

Bingkas merupakan sebahagian daripada 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang yang dilancarkan pada akhir Jun bakal memanfaatkan 30,000 keluarga membabitkan peruntukan RM108 juta.

Pada 1 Ogos, EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim memaklumkan bayaran Bingkas diagihkan menerusi e-dompet Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.


Pengarang :