AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut di Hulu Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 29 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor hingga 9 malam.

Cuaca sama diramal melanda Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Johor (Segamat) dan Pahang

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih


Pengarang :