Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis pelancaran jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Besar dan Sabak Bernam di Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam pada 15 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN yakin tawan majoriti kerusi Parlimen, DUN Selangor

SABAK BERNAM, 15 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor memiliki peluang cerah memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Keyakinan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas merasmikan Jelajah Selangor Penyayang daerah ini, semalam.

“Kita yakin HARAPAN mempunyai peluang cerah untuk menang majoriti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti,” katanya yang juga pengerusi HARAPAN negeri.

Minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU ke-15.

Pada 5 Oktober, Majlis Presiden HARAPAN memutuskan tiga negeri tadbirannya iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubar DUN jika PRU15 diadakan tahun ini.

Selangor mempunyai 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN.

Penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) memegang plakad ‘Gempur HARAPAN’ ketika majlis pelancaran jentera HARAPAN Sungai Besar dan Sabak Bernam di Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam pada 15 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :