Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan ke atas peserta program Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Suleiman, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Jelajah bantuan rakyat buka peluang pengunjung jalani saringan kesihatan percuma

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 22 OKT: Sejarah kesihatan keluarga menghidap penyakit kronik membuka mata seorang penjawat awam untuk menjalani pemeriksaan diri dalam Selangor Saring hari ini.

Megat Syaiful Izzuddin, 38, berkata beliau mengambil peluang menyertai program saringan secara percuma sempena Jelajah Selangor Penyayang (JSP) di sini supaya mengetahui status kesihatannya lebih awal.

“Ada ahli keluarga saya menghidap barah, jadi dengan adanya program ini ia sangat membantu.

“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati maka saya gunakannya untuk mendapatkan status kesihatan bagi mengelak penyakit berisiko,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Suleiman hari ini.

Megat Syaiful Izzuddin. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Selangor Saring adalah program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri yang menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, serviks dan barah payu dara, ujian darah, kolorektal serta prostat.

Sementara itu, seorasng lagi penjawat awam Farida Abdul Jalil, 36, berkata kesedaran terhadap penjagaan diri menyebabkannya mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

“Jika di luar, dengan apa yang saya dapat hari ini termasuk pemeriksaan fizikal, darah, air kencing dan serviks mungkin boleh mencecah RM500,” katanya.


Pengarang :