AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jelajah bantuan rakyat pusing Sepang 29 dan 30 Oktober

SHAH ALAM, 25 OKT: Jelajah Selangor Penyayang fasa dua bagi memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat diteruskan di Sepang pada 29 dan 30 Oktober.

Bertemakan Menjamin Kehidupan Bermartabat, program di KIP Sentral, Kota Warisan menyajikan pelbagai acara antaranya persembahan artis, saringan percuma, jualan barangan asas murah dan pameran.

Turut diadakan cabutan bertuah, pertandingan memanah, rumah hantu, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan basikal lasak BMX, zumba, permainan tradisional dan jualan makanan.

Acara selama dua hari itu bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, yang turut dijadual mengadakan program bersama komuniti dan penggerak masjid.

Sebelum ini, acara sama diadakan di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam dan Stadium Sultan Sulaiman, Klang. Ia juga pernah diadakan di Taman Kosas Ampang Jaya dan Dataran Pantai Morib Kuala Langat.

Selain itu, program turut berlangsung di Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Padang Awam Batu Caves.


Pengarang :