Pengguna jalan raya mula menggunakan sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika tinjauan di Plaza Tol Sungai Besi pada 17 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kajian: Jalan raya Malaysia antara 59 terburuk dunia, bahaya memandu

SHAH ALAM, 4 OKT: Malaysia berada pada kedudukan ke-12 daripada 59 negara yang memiliki jalan raya terburuk dengan kualiti menurun lebih lima peratus dalam tempoh lima tahun.

Menurut kaji selidik firma pendidikan memandu Zutobi, negara turut merekodkan jumlah kematian jalan raya kedua tertinggi dunia, 22.76 bagi setiap 100,000 orang, lapor Berita Harian.

Laporan bertajuk ‘Worst and Best Roads – US and International Ranking’ menyenaraikan Kuwait sebagai negara yang mempunyai jalan raya terburuk dunia diikuti Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.

Kajian itu juga memberikan Malaysia skor keselamatan 3.32 daripada 10 berdasarkan faktor dan peningkatan kualiti, kematian serta saiz relatif rangkaian jalan raya.

Laporan Zutobi berasingan yang diterbitkan pada Mei meletakkan Malaysia antara 10 negara paling berbahaya untuk memandu bersama Thailand, India, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

Namun, negara merekodkan jumlah kematian jalan raya paling rendah berkaitan alkohol, 0.1 peratus.


Pengarang :