Medan Selera Batu Laut MPKL, Kuala Langat pada 20 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPKL: Perbaharui permit niaga 2023 mulai November, galak secara dalam talian

SHAH ALAM, 22 OKT: Pemegang lesen perniagaan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) diminta memperbaharui permit 2023 bermula 1 November hingga 30 Disember depan.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT), pembaharuan boleh dibuat di kaunter ruang legar pejabat MPKL pada hari bekerja dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang dengan membawa lesen 2022.

PBT itu turut menggalakkan orang ramai berbuat demikian secara dalam talian melalui pautan https://etaksiran.mpkl.gov.my.

“Kaunter bayaran bergerak ‘Lesen On Wheel’ akan berada di Kompleks Muhibbah Tanjung Sepat pada 12 November dan 3 Disember serta Dewan Orang Ramai Jenjarom (19 November dan 17 Disember).

“Perkhidmatan ini juga akan berada di Pasar Malam Taman Perwira pada 26 November dan Tapak Parkir BSP 5 (10 Disember),” katanya di Facebook.

MPKL juga mengingatkan pemilik lesen yang gagal memperbaharui permit sepanjang tempoh berkenaan bakal berdepan tindakan penguatkuasaan.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Jabatan Pelesenan MPKL di talian 0331872825 atau aplikasi WhatsApp 0123004167.


Pengarang :