Hujan renyai tidak mematahkan semangat penyokong menyertai Jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) Pahang #MohTukor di Pusat Khidmat DUN Mentakab, Pahang pada 19 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Ribuan penyokong sertai ceramah HARAPAN meski hujan renyai

MENTAKAB, 20 OKT: Hujan renyai tidak mematahkan semangat ribuan penyokong menyertai Jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) Pahang #MohTukor malam tadi.

Jelajah sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab di sini bermula dari 8 hingga 12 tengah malam.

Antara pimpinan yang hadir Pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi HARAPAN Pahang merangkap Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari.

Turut serta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Anwar dalam ucapannya menyifatkan kehadiran penyokong HARAPAN ke program ceramah itu luar biasa selain percaya kesemua mereka tekad mahukan perubahan.

“Maknanya Mentakab bangkit untuk bawa perubahan. Saya ucap tahniah, hujan pun bertahan.

“Tengok yang hadir, 90 peratus rakyat biasa…orang kampung…tengok pakaian sederhana. Bandingkan perjumpaan ini dengan perhimpunan Umno di hotel.

“…dengan pakaian mereka, dengan gagah mereka…dengan jam mereka, dan bandingkan bagaimana kita rakyat yang berhimpun,” katanya.


Pengarang :