Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sehingga 7 malam, 1 Oktober 2022.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor diramal hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 1 OKT: Tiga daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan tiga daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Turut diramal keadaan sama beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :