Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 10 pagi

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 12 OKT: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama turut berlaku di seluruh Pulau Pinang.

Cuaca sama turut melanda di beberapa daerah di empat negeri lain termasuk Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia sebelum ini mengeluarkan ramalan angin barat dijangka bertiup kencang dan menumpu kawasan utara Sabah dan Sarawak bermula 12 hingga 14 Oktober ini manakala utara semenanjung (13 hingga 15 Oktober).

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :