Fasa pertama projek pembangunan Rumah Idaman di Pangsapuri Idaman Abadi, Persiaran Tropicana Heights, Semenyih, Kajang siap sepenuhnya awal Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan ambil maklum pentadbiran negeri mahu terus jaga kesejahteraan rakyat

SHAH ALAM, 13 OKT – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor mengambil maklum hasrat pentadbiran negeri untuk meneruskan khidmat bagi menjaga kesejahteraan rakyat.

Laporan media mengenai Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar bagi mengadakan pilihan raya tahun ini adalah kurang tepat, kata setiausaha sulit Baginda dalam kenyataan hari ini.

“Sebenarnya pada 11 Oktober 2022 yang lalu, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor tidak membuat permintaan kepada DYMM Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri pada tahun ini dan berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Baginda Sultan Selangor mengambil maklum akan kedudukan ini dan mengharapkan agenda pembangunan Negeri Selangor yang telah dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat,” kata Dato’ Muhamad Munir Bani.

Pada 10 Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting pilihan raya tersebut pada 20 Oktober ini.


Pengarang :