Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan hadir pada majlis perasmian sambutan Deepavali peringkat negeri Selangor di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke sambutan Deepavali peringkat negeri

KLANG, 22 OKT: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke majlis sambutan Deepavali peringkat negeri di Jalan Tengku Kelana di sini malam ini.

Keberangkatan Tengku Amir Shah diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau.

Turut hadir ke majlis sambutan tersebut EXCO Perumahan Rodziah Ismail dan beberapa Ahli Dewan Negeri antaranya Halimey Abu Bakar (Seri Setia) dan Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama).

Raja Muda Selangor yang memakai kalungan bunga malai turut berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada sambutan Deepavali itu.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan menyampaikan duit raya pada majlis perasmian sambutan Deepavali peringkat negeri Selangor di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Lebih 1,000 masyarakat India hadir memeriahkan sambutan Deepavali pada kali ini setelah tidak menyambutnya sejak dua tahun susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Terletak di Bandar Klang Selatan, Jalan Tengku Kelana atau dikenali sebagai Little India Klang merupakan kawasan membeli-belah popular setiap kali menjelangnya Deepavali.

Premis di lokasi ini menjual pelbagai barangan untuk kegunaan kaum india seperti sari, tekstil, barangan logam, barang kemas, rempah ratus dan makanan tradisi.

Pengunjung membeli barang keperluan sebagai persiapan menyambut hari Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :