Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah mara ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Perancis selepas menewaskan gandingan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee pada 29 Oktober 2022. Foto Facebook BAM
AGENDASUKANKINI

Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah mara ke akhir, lawan beregu Jepun esok

SHAH ALAM, 29 OKT: Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah mara ke akhir kejohanan badminton Terbuka Perancis selepas menewaskan gandingan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee, sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Pierre de Coubertin, Paris, pasangan ranking ke-11 dunia itu mengatasi beregu Korea Selatan 21-13, 21-17, lapor portal Berita Harian.

Pearly-Thinaah yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 akan bertemu pilihan keempat kejohanan dari Jepun, Mayu Matsutomo-Wakana Nagahara bagi penentuan gelaran juara, esok.

Jika muncul juara esok, ia akan menjadi gelaran kedua buat mereka dalam Jelajah Dunia BWF selepas menjuarai Terbuka Switzerland pada tahun lalu.


Pengarang :