AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Klang hingga 5 petang

SHAH ALAM, 26 NOV: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan meliputi Hulu Selangor dan Klang di Selangor hingga 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :