Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 9 malam

SHAH ALAM, 30 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Labuan.

Manakala negeri lain, Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; Terengganu (Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Bagi Sarawak pula di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah; serta Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :