Pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) Zulkifli Sadiman, 56, (kanan) dibantu bapanya, Sadiman Mortomo, 81, untuk mengundi di saliran satu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman, Pekan Nanas hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

BN, PN gugur beberapa timbalan menteri dari senarai calon PRU15

SHAH ALAM, 1 NOV: Beberapa timbalan menteri tidak dicalonkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

BN menggugurkan Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Datuk Mastura Mohd Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Tugas-tugas Khas).

PN pula tidak mencalonkan semula Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Gabungan itu juga tidak menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Sementara itu, empat menteri BN yang digugurkan seperti berikut: Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara).

Bagaimanapun, calon kerusi Tanjong Karang yang disandang Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar tidak diumumkan.

Calon-calon BN dan PN masing-masing diumumkan Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis yang disiar secara langsung dari Kuala Lumpur.


Pengarang :