Calon Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berbual bersama penduduk Puncak Alam di Saturday Night Fest anjuran HARAPAN Kuala Selangor di Dataran Ecoworld Bandar Puncak Alam pada 13 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN Kuala Selangor dekati belia, dengar luahan masalah

KUALA SELANGOR, 13 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kuala Selangor memanfaatkan program Saturday Night Fest di Puncak Alam semalam bagi mendekati belia.

Program anjuran Kelab Anak Muda Puncak Alam memberi ruang kepada Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendengar luahan mereka selain berkongsi perancangan sekiranya menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini.

Beliau turut menjawab soalan berhubung beberapa isu diutarakan antaranya politik dalam kalangan generasi muda serta wawasan dan misi sekiranya mendapat mandat rakyat.

Bermula jam 2.30 petang hingga 10 malam, program itu menganjurkan beberapa aktiviti menarik antaranya senamrobik, pertunjukan motosikal lasak dan pertandingan e-sukan.

Lebih 1,000 belia menyertai program berkenaan yang turut mengundang penyanyi lagu popular Casablanca, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.


Pengarang :