Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu menyantuni peniaga ketika program saringan kesihatan percuma di Tasik Kampung Abu Bakar Baginda, Sepang pada 13 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN pergiat kempen, ajak penduduk Sepang keluar mengundi

SEPANG, 13 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang mempergiatkan kempen yang memasuki minggu akhir bagi memastikan penduduk keluar mengundi pada 19 November.

Aiman Athirah Sabu berkata pihaknya kini bergerak aktif untuk bertemu seramai mungkin penduduk Sepang walaupun hujan.

“Kita sekarang gerak ‘all out’ jumpa seramai mungkin cuma kekangan waktu kerana menjelang jam 3 atau 4 petang sahaja hujan. Ia bukan halangan tetapi kita perlu selesaikan segera.

“Selain tekankan berkempen, kita juga beri perhatian kepada cuaca semasa dan bersedia turun ke lapangan jika berlaku sebarang kecemasan,” katanya.

Beliau ditemui selepas hadir ke program pertandingan e-sukan HARAPAN Sepang anjuran Pemuda Sepang di Salak Perdana Business Park di sini, hari ini.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu bergambar bersama peserta pertandingan e-sukan di Salak Perdana Bisnes Park, Sepang pada 13 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Aiman mengumumkan akan menubuhkan sidang anak muda pertama di Sepang jika menang di kerusi Parlimen itu.

“Jika menang, saya akan panggil semula kumpulan peserta ini untuk menjadi anggota sidang anak muda untuk mengetahui apa yang mereka mahukan sebenarnya.

“Mereka ini akan beri maklum balas dan sebagai ahli Parlimen saya akan cuba bantu apa yang mereka perlukan seperti gelanggang futsal dan sebagainya,” katanya.

Pada pilihan raya umum kali ini, Aiman bersaing dengan bekas Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Rina Harun (Perikatan Nasional) dan Anuar Basiran (Barisan Nasional) dalam saingan lapan penjuru.


Pengarang :