Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Aiman Athirah Sabu (tengah) beramah mesra bersama Jentera Daerah Mengundi ketika sesi ramah mesra Hit and Run di Kampung Tanjung Sepat, Sepang pada 16 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Calon HARAPAN temui jentera daerah, kekal motivasi tarik pengundi

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SEPANG, 16 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang menemui jentera daerah mengundi bagi memastikan mereka terus bermotivasi dan mengekalkan momentum untuk menarik pengundi keluar mengundi.

Aiman Athirah Sabu berkata jentera daerah mengundi adalah tulang belakang yang bekerja keras bersamanya untuk menyantuni pengundi.

“Kita sebenarnya telah pergi ke semua daerah mengundi yang ada dan kita masuk ke kampung bagi menemui jentera tempatan yang semuanya bersemangat namun saya perlu pastikan dapat jumpa mereka semua.

“Sebab selain daripada jumpa pengundi saya juga perlu pastikan jentera berada dalam keadaan terus bermotivasi dalam pecutan terakhir kempen,” katanya ketika ditemui selepas sesi ramah mesra Hit and Run di Kampung Tanjung Sepat semalam.

Mengulas lanjut, katanya kempen di media sosial akan terus dilipatgandakan mengambil kira kecenderungan pengundi semasa yang banyak merujuk kepada platform itu dalam mencari maklumat.


Pengarang :