Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Subang Wong Chen menyampaikan ceramah kepada penduduk di kawasan PUJ2, Seri Kembangan pada 16 November 2022. Foto Facebook WONG CHEN
AGENDANASIONAL

Ceramah calon HARAPAN Subang dapat sambutan, kehadiran penduduk lepasi jangkaan

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 17 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Subang terpaksa mengehadkan bilangan pengunjung yang hadir mendengar siri ceramahnya di USJ 4 dan USJ 11 dekat sini malam semalam.

Wong Chen berkata pada mulanya jentera parti merancang untuk mengadakan kedua-dua ceramah dalam suasana kecil tetapi mendapat sambutan luar biasa.

“Kami menjangkakan orang ramai antara 50 hingga 100 orang tetapi jumlahnya melebihi jangkaan. Kami memdapati hampir 300 orang hadir ceramah di USJ 4 dan hampir 500 hingga 600 pula di USJ 11,” katanya.

Selain ceramah terbabit, Wong Chen yang mengadakan aktiviti bertemu penduduk sering mendapat sambutan meriah daripada komuniti Subang antaranya program bersarapan di Jalan Puteri 5/16 dan Taman Wawasan Pasar Pagi, Kinrara pagi tadi.

Dalam siri ceramahnya, beliau sering menyentuh isu ekonomi yang menjejaskan rakyat, sepatutnya perlu diatadi dengan baik oleh kerajaan kerana negara mempunyai sumber alam dan pendapatan cukai.

Sementara itu calon HARAPAN Parlimen Puchong menerima sokongan meriah dalam ceramahnya bersama penduduk di Batu 17 pada 15 November lalu.

Berucap di pentas khas, Yeo Bee Yin melahirkan rasa gembira apabila orang ramai memenuhi jalan raya dan kaki lima kawasan perniagaan itu pada waktu malam.

Been Yin antara lain menyentuh tentang isu tawaran HARAPAN yang mengambil kira pembangunan dan kebajikan pelbagai kaum dan masa depan negara.

Suasana sama diterima Bee Yin pada siri ceramah di Bandar Bukit. Beliau kini dalam jelajah HARAPAN di Johor dan akan berceramah di Labis malam ini.


Pengarang :