Kerajaan Negeri menganjurkan program Selangor Saring yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma di Dewan MPAJ Lembah Jaya, Ampang pada 11 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALSELANGOR

Dana kesihatan awam RM65.6 juta, tumpu cegah dan rawat

SHAH ALAM, 25 NOV: Dana bagi kesihatan awam meningkat kepada RM65.6 juta tahun ini bagi memenuhi aspek pencegahan dan rawatan, umum Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, negeri memberi perhatian serius terhadap aspek kesihatan rakyat dan sentiasa berusaha menambah peruntukan bagi sektor itu setiap tahun.

“Kerajaan Negeri bersyukur kerana saban tahun Selangor menunjukkan kemajuan signifikan melalui peningkatan dana kesihatan awam daripada keseluruhan pembangunan.

“(Jumlah ini meningkat) daripada 4.7 peratus pada 2020 kepada 5.1 peratus pada 2021 dan 5.8 peratus pada 2022,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata kesihatan rakyat merupakan aset paling berharga dan bernilai buat negara serta menjadi tunjang kepada kekuatan ekonomi, terutama dalam merangsang guna tenaga dan produktiviti.

Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, sebanyak 1.7 juta rakyat
Malaysia menghidap tiga penyakit tidak berjangkit iaitu diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi.


Pengarang :