EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud bermesra dengan kanak-kanak selepas merasmikan Hari Kanak-Kanak anjuran Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) di Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) Seksyen 7, Shah Alam pada 27 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Dasar berkaitan kanak-kanak diperkasa, sedia program peringkat akar umbi

SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan Negeri sedang merangka serta memperkasa dasar berkaitan kanak-kanak termasuk golongan anak istimewa bagi memastikan nasib mereka terus terbela.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata dasar yang menyediakan pelbagai program di peringkat akar umbi kini di peringkat akhir sebelum diluluskan.

“Kita akan gunakan dasar ini sebagai panduan untuk melaksana program-program peringkat EXCO dan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya ia dapat dilaksana di peringkat masing-masing.

“Hasrat Kerajaan Negeri adalah dengan menganjurkan program-program di bawah dasar ini dan wakil rakyat tidak perlu memikirkan aktiviti untuk anak-anak yang diadakan di pusat sehenti kawasan mereka,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Hari Kanak-Kanak anjuran Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas)  di Pusat Prasekolah AnIS, Seksyen 7 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Siti Mariah turut memaklumkan Kerajaan Negeri akan membuka pusat sokongan kehidupan khusus untuk anak-anak istimewa berusia 18 tahun ke atas.

“Pusat sokongan ini akan membolehkan anak-anak istimewa ini yang berkebolehan meneruskan kehidupan supaya lebih berdikari. Dengan adanya pusat ini ibu bapa tidak perlu risau hala tuju anak-anak mereka,” katanya.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud meninjau aktiviti kanak-kanak selepas merasmikan Hari Kanak-Kanak anjuran Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) di Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) Seksyen 7, Shah Alam pada 27 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :