Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat, angin kencang seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 9 malam

SHAH ALAM, 10 NOV: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama berlaku beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Cuaca sama diramal berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :