Petugas membuat persiapan sebelum memulakan jualan sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Jeram di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah ayam, ikan, minyak masak di sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 23 NOV: Inisiatif jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat bertempat di Dataran Tonggak 9 Sungai Besar (DUN Sungai Panjang), dewan orang ramai Kampung Tiram Setia (DUN Permatang), Surau Al Falah Kota Puteri (DUN Rawang), dan Dahlia A (DUN Taman Templer).

Jualan murah turut diadakan di Jalan Nirwana 14, Taman Nirwana (DUN Pandan Indah), Desa Baiduri (DUN Balakong), bazar USJ7 (DUN Subang Jaya), Kampung Kubu Gajah (DUN Paya Jaras) dan Pangsapuri Aman (DUN Seri Serdang).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Program melibatkan 56 DUN itu bermula 6 September lepas dan sepatutnya berakhir 6 Disember, namun Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif itu disambung hingga Mac tahun depan susulan sambutan menggalakkan.

 


Pengarang :