Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Jeram di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan murah barang dapur di Kuang, Sungai Kandis esok

SHAH ALAM, 21 NOV: Program jualan barangan asas murah anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Lokasi terlibat bagi Jelajah Ehsan Rakyat ialah Pukal Padi Parit Changkat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan balai raya Blok S Sawah Sempadan (DUN Permatang).

Jualan turut diadakan di lokasi berikut:

  • Puteri Centre Park, Tasik Puteri (DUN Kuang)
  • Flat Tun Perak (DUN Rawang)
  • Apartment Enggang (DUN Taman Templer)
  • Kampung Labu Lanjut (DUN Sungai Pelek)
  • Jalan Hilir 1, Taman Angsana Hilir (DUN Pandan Indah)
  • Dewan Serbaguna Kampung Sri Aman (DUN Seri Serdang)
  • Pangsapuri Taman Tun Teja, Alam Impian (DUN Sungai Kandis)

Inisiatif tersebut menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Jualan murah yang mencatat jualan melebihi RM10 juta sejak September hingga awal bulan ini turut menawarkan minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan yang dijadual sehingga Mac tahun depan.


Pengarang :