Kakitangan PKPS membuat persiapan sebelum memulakan jualan sempena program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Taman Templer, Gombak pada 27 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan murah barangan dapur di sembilan lokasi esok, mulai 10 pagi

SHAH ALAM, 23 NOV: Inisiatif jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat bertempat di Dewan Merdeka Batu 20 (DUN Kuang), Taman Tasik Bersatu (DUN Rawang), Padang Awam Batu Caves (DUN Sungai Tua), Pusat khidmat penyelaras Teratai (DUN Teratai) dan
Taman Sepakat Indah (DUN Semenyih).

Jualan turut diadakan di Dewan MBPJ Jalan PJS 2C/6 (DUN Taman Medan), Bukit Kerayong (DUN Sementa)
Suray Al-Munir, Sri Indah (DUN Seri Serdang) dan tapak pasar malam Putra Perdana (DUN Dengkil).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek), minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Program melibatkan 56 DUN itu bermula 6 September lepas dan sepatutnya berakhir 6 Disember, namun Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif itu disambung hingga Mac tahun depan susulan sambutan menggalakkan.


Pengarang :